Monday, February 14, 2011

Car Charm Dah Siap


Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah saya masih berpeluang menulis diblog ni, lama menyepi sebab sibuk sikit menyiapkan 1000 pcs car charm untuk wedding souvenier kawan sepejabat ..alhamdulillah siap juga akhirnya..dan majlis perkahwinannya pun insya-Allah akan berlangsung pada pertengahan March ni..semoga semua berjalan lancar..

Kepada Fatimah Nur Terima Kasih bebanyak atas order ni..jika ada yang kurang puas hati mungkin boleh diperbaiki lagi..

Ada yang berminat boleh order..
email: arissacraftshoppe@ymail.com

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah


Salam ceria kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini , semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usaha kita.Semoga Allah melimpahkan kepada kita dengan rezeki yang halal. Sempena Maal Hijrah ini sama-samalah kita menuju ke jalan yang diredhai Allah..dan semoga tahun ini membawa lebih kejayaan kepada kita.

Alhamdulilah saya berkesempatan untuk menulis di blog ini , saya baru sahaja menyiapkan tempahan Keychain dari Shah. Ada keychain bentuk kereta, bear, smile dan bentuk love.

Ada yang berminat bolehlah order.Kalau nak banyak harga boleh dirundingkan



Jumpa lagi..terima kasih Shah ..kalau sudi orderlah lagi.

Monday, November 22, 2010

Facebook

Salam sejahtera semua..semoga sahabat-sahabat pengunjung blog ini sentiasa sihat dan ceria selalu dan semoga kita sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t hendaknya..

Semoga kita dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati. Syukur alhamdullilah saya masih berpeluang untuk update blog ni. Maaflah kerana kesuntukan masa..tetapi bagi pengunjung yang budiman saya telah buatkan Facebook untuk blog arissacraftshoppe ni..jadi kalau saya kesuntukan masa saya akan updatekan perkembangan blog didalam Facebook.

Pada rakan-rakan yang berminat untuk buat tempahan jangan segan sudi-sudilah melawat ke Facebook or blog ni..

Salam ceria ..jumpa lagi
** ada tempahan baru ..alhamdulillah.."Ya Allah Jika rezekiku dilangit turunkanlah, Jika rezeki ku dibumi keluarkanlah, jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah, Jika rezekiku sempit Kau perluaskanlah..."Amin.

Wednesday, October 13, 2010

Handphone Pouch Order by Azizah

Salam sejahtera semua..semoga ceria selalu dan semoga kita dilimpahi rezeki dan rahmat dari Allah selalu..
Alhamdulillhah dapat juga saya menyiapkan order dari ex-school mate ni..20 pcs hp pouch..dengan pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui akhir 20pcs hp pouch selamat tiba pada tuannya..
Ini lah gambar bahagian hadapan hp pouch ni..dengan 20 gambar yang berbeza dan 20 warna felt yang berbeza..kat bahagian belakang sebenarnya ada tulisan ini ' HOLISTIC SUCCESS 4LIFE' tapi terlupa pulak nak snap photonya..saya buat tulisan ni guna kain felt juga..





HP01
HP02
HP03





HP04
HP05
HP06





HP07
HP08
HP09
HP10





HP11
HP12
HP13





HP14
HP15
HP16







HP17
HP18
HP19
HP20




Ada yang berminat marilah order
email: arissacraftshoppe@ymail.com (u.p: kat bahagian subject taip lah order felt ke or apa2 yang berkaitan dengan barangan yang ada utk tempahan kalau x email masuk spam dan saya akan terus delete sahaja)
Terima kasih..jumpa lagi

Wednesday, September 15, 2010

Keychain Bear Untuk Dyana


Ini pula ada order dari Dyana..Keychain Bear yang berwarna merah dan ada tulisan nama 'DYANA'..harap Dyana puas hati..terima kasih ..nanti orderlah lagi..

Harga RM3.00 sahaja...


Ada yang berminat marilah tempah
Email: arissacraftshoppe@ymail.com
sms: 017-5902618


Keychain Bentuk Tapak Tangan

Assalamualaikum dan salam ceria,..selamat hari raya aidilfitri semoga kita dipanjangkan usia dan dapat menunaikan ibadat puasa dibulan ramadhan yang pada tahun depan dan menyambut aidilfitri lagi..terasa rindu untuk bertemu dengan bulan ramadhan yang berlalu begitu cepat ..semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan pada tahun depan..pada bulan syawal yang mulia ni marilah kita mengeratkan hubungan dengan rakan taulan dan sanak saudara yang telah lama tidak kita temui..ambillah peluang ni..


Ok berceloteh pulak saya ni.. dah lama juga saya tak upload gambarkan..ni adalah order dari kawan Fatihah namanya Farina dia nak keychain bentuk tapak tangan..

Inilah hasilnya..RM3.00 sahaja..


Friday, August 20, 2010

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum semua pengunjung blog ni.. alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan berkesempatan berada di dalam bulan Ramadan untuk menunaikan ibadat puasa yang kini masuk hari ke10.

Maaf dipinta kerana agak lama saya tak update blog ni..sebenarnya saya dalam proses menyiapkan order handphone pouch dari Zizah (ex -schoolmate) ..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Terima kasih pada teman-teman yang sudi singgah di blog arissacraftshoppe ni dan menjadi follower.

Saya akan update gambar-gambar terbaru bila berkesempatan.

Selamat berpuasa ..semoga kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t