Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah


Salam ceria kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini , semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usaha kita.Semoga Allah melimpahkan kepada kita dengan rezeki yang halal. Sempena Maal Hijrah ini sama-samalah kita menuju ke jalan yang diredhai Allah..dan semoga tahun ini membawa lebih kejayaan kepada kita.

Alhamdulilah saya berkesempatan untuk menulis di blog ini , saya baru sahaja menyiapkan tempahan Keychain dari Shah. Ada keychain bentuk kereta, bear, smile dan bentuk love.

Ada yang berminat bolehlah order.Kalau nak banyak harga boleh dirundingkan



Jumpa lagi..terima kasih Shah ..kalau sudi orderlah lagi.

Monday, November 22, 2010

Facebook

Salam sejahtera semua..semoga sahabat-sahabat pengunjung blog ini sentiasa sihat dan ceria selalu dan semoga kita sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t hendaknya..

Semoga kita dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati. Syukur alhamdullilah saya masih berpeluang untuk update blog ni. Maaflah kerana kesuntukan masa..tetapi bagi pengunjung yang budiman saya telah buatkan Facebook untuk blog arissacraftshoppe ni..jadi kalau saya kesuntukan masa saya akan updatekan perkembangan blog didalam Facebook.

Pada rakan-rakan yang berminat untuk buat tempahan jangan segan sudi-sudilah melawat ke Facebook or blog ni..

Salam ceria ..jumpa lagi
** ada tempahan baru ..alhamdulillah.."Ya Allah Jika rezekiku dilangit turunkanlah, Jika rezeki ku dibumi keluarkanlah, jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah, Jika rezekiku sempit Kau perluaskanlah..."Amin.

Wednesday, October 13, 2010

Handphone Pouch Order by Azizah

Salam sejahtera semua..semoga ceria selalu dan semoga kita dilimpahi rezeki dan rahmat dari Allah selalu..
Alhamdulillhah dapat juga saya menyiapkan order dari ex-school mate ni..20 pcs hp pouch..dengan pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui akhir 20pcs hp pouch selamat tiba pada tuannya..
Ini lah gambar bahagian hadapan hp pouch ni..dengan 20 gambar yang berbeza dan 20 warna felt yang berbeza..kat bahagian belakang sebenarnya ada tulisan ini ' HOLISTIC SUCCESS 4LIFE' tapi terlupa pulak nak snap photonya..saya buat tulisan ni guna kain felt juga..





HP01
HP02
HP03





HP04
HP05
HP06





HP07
HP08
HP09
HP10





HP11
HP12
HP13





HP14
HP15
HP16







HP17
HP18
HP19
HP20




Ada yang berminat marilah order
email: arissacraftshoppe@ymail.com (u.p: kat bahagian subject taip lah order felt ke or apa2 yang berkaitan dengan barangan yang ada utk tempahan kalau x email masuk spam dan saya akan terus delete sahaja)
Terima kasih..jumpa lagi

Wednesday, September 15, 2010

Keychain Bear Untuk Dyana


Ini pula ada order dari Dyana..Keychain Bear yang berwarna merah dan ada tulisan nama 'DYANA'..harap Dyana puas hati..terima kasih ..nanti orderlah lagi..

Harga RM3.00 sahaja...


Ada yang berminat marilah tempah
Email: arissacraftshoppe@ymail.com
sms: 017-5902618


Keychain Bentuk Tapak Tangan

Assalamualaikum dan salam ceria,..selamat hari raya aidilfitri semoga kita dipanjangkan usia dan dapat menunaikan ibadat puasa dibulan ramadhan yang pada tahun depan dan menyambut aidilfitri lagi..terasa rindu untuk bertemu dengan bulan ramadhan yang berlalu begitu cepat ..semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan pada tahun depan..pada bulan syawal yang mulia ni marilah kita mengeratkan hubungan dengan rakan taulan dan sanak saudara yang telah lama tidak kita temui..ambillah peluang ni..


Ok berceloteh pulak saya ni.. dah lama juga saya tak upload gambarkan..ni adalah order dari kawan Fatihah namanya Farina dia nak keychain bentuk tapak tangan..

Inilah hasilnya..RM3.00 sahaja..


Friday, August 20, 2010

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum semua pengunjung blog ni.. alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan berkesempatan berada di dalam bulan Ramadan untuk menunaikan ibadat puasa yang kini masuk hari ke10.

Maaf dipinta kerana agak lama saya tak update blog ni..sebenarnya saya dalam proses menyiapkan order handphone pouch dari Zizah (ex -schoolmate) ..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Terima kasih pada teman-teman yang sudi singgah di blog arissacraftshoppe ni dan menjadi follower.

Saya akan update gambar-gambar terbaru bila berkesempatan.

Selamat berpuasa ..semoga kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Wednesday, July 21, 2010

Keychain Motorsikal Untuk Hazim

Salam ceria...

Hazim order lagi satu keychain kali ni dia nak bentuk motorsikal..
Ini lah hasilnya..harap-harap dia puas hati..


Terima kasih Hazim

Yang berminat bolehlah tempah
email: arissacraftshoppe@ymail.com
sms: 017-5902618

Jumpa lagi
** Baru-baru ni dapat tempahan handphone phone dari ex-schoolmate..dia nak 20 pcs..
Thanks Zizah..
Semoga semuanya dipermudahankan Allah dan berjalan dengan lancar..

Monday, July 19, 2010

Keychain Order by Fatimah Nur

Kawan saya ni order 2 biji keychain kereta..satu lagi terlupa nak ambik gambarnya..
ala2 kereta MyVi gitu..

Dan semalam jugak aku sempat siapkan 1 keychain untuk kawan lama masa belajar dulu lebih 11 tahun tahun tak jumpa ..jumpa pun sekejap je kat tepi jalan on the way dia nak balik KL..aku sempat hadiahkan dia satu keychain (tapi tak sempat la ambik gambar - bateri tak cas)

Semalam juga aku buat keychain untuk dua anak saudara diorang ni nak letak huruf 'A' dan ada 'Luv' kat belakang ni pun tak ada gambarnya..jadi semalam aku berjaya siapkan 3 keychain..


Inilah satu daripada keychain kereta Fatimah
Rm3.00 sahaja
Anda berminat marilah tempah
email: arissacraftshoppe@ymail.com
Sms: 017-5902618
Thank you..

Friday, July 16, 2010

Keychain Order dari Hazim

Ini adalah keychain bear untuk Hazim..telah pun berada ditangan tuannya..

Terima kasih daun keladi
Nanti orderlah lagi

Harganya RM3.00 sahaja

Ada yang minat marilah tempah
email kat sini: arissacraftshoppe@ymail.com
sms: 017-5902618

Wednesday, July 14, 2010

Tempahan Car Charm untuk Souvenir

Alhamdulillah saya dapat tempahan untuk buat Car Charm untuk souvenir perkahwinan dari kawan sepejabat Fatimah Nur .Bahan-bahan yang diperlukan adalah kain felt, reben , manik dan lain-lain.. semua bahan dah ada apa lagi kena mulalah..saya kena buat satu persatu bahagian dulu..gunting felt, jahit felt, gunting reben , buat reben...

Rutin malam hari dan hari cuti layan felt la apa lagi...semoga Allah permudahkan urusan ni..

Ini lah sebahagian bahan-bahan yang bakal digunakan untuk buat Car Charm ni..bannyakk nii....








Manik-manik dan tali manik (sebahagian sahaja ni)









Ini pula sebahagian reben-reben





Bahan utama kain felt (ini gambar sebahagian sahaja)
Semoga Segala Urusan Dipermudahkan Allah dan semuanya berjalan dengan lancar..Amin

Ada yang berminat ke..
email: arissacraftshoppe@ymail.com
sms: 017-5902618

Jumpa lagi

Monday, July 12, 2010

Keychain Fatihah

Hari ahad lepas jiran kat sebelah rumah jalan-jalan kat umah saya..masa tu rumah berselerak dengan kain felt dan reben-reben yang dipotong untuk tempahan car charm dari kawan sepejabat..masih dalam pembikinan nasiblah lambat lagi untuk siapkan souvenir perkahwinan wajib disiapkan sebelum bulan March.. nanti saya add gambarnya..

Sempat juga aku promote keychain kat Fatihah ni..dia beli hairclip , keychain bear and nak tempah keychain luv yang dijahit sulam namanya..

Thanks Fatihah

Hari ni baru berkesempatan ambik gambarnya..

Bahagian hadapan











Bahagian belakang ada nama Fatihah.










Terima kasih Fatihah

Ada yang berminat mai lah order RM2.50 jer
email: arissacraftshoppe@ymail.com
sms: 017-5902618

Wednesday, June 30, 2010

Hair Clip







Hair Clip untuk si comel..(yang warna biru sold to Fatihah)

Harganya RM2.50 sepasang (tidak termasuk kos pos)..murah sahaja..
(size 5cm)

Ada yang berminat marilah order..kalau nak banyak harga boleh dirundingkan.

Email pada arissacraftshoppe@ymail.com
sms 017-5902618

Friday, June 18, 2010

Car Charm (Gantung kat Dalam Kereta)


Salam Satu Malaysia...semoga anda sihat dan ceria disamping yang tersayang,
Alhamdulillah dapat juga saya siapkan Car Charm yang sesuai untuk gantung kat dalam kereta..

Sesuai untuk buat cenderahati untuk kawan-kawan atau diri sendiri.

Kepada anda yang berminat bolehlah buat tempahan..email kat saya arissacraftshoppe@ymail.com .

Kalau order banyak harga boleh dirundingkan..

Harga RM4.00 (tidak termasuk kos pos)
>























Kalau digantung beginilah rupenya...










Untuk yang berminat bolehlah email kepada arissacraftshoppe@ymail.com
Jumpa lagi....

Wednesday, June 16, 2010

Keychain

Salam semua..semoga sihat dan ceria selalu..

Ini adalah keychain bentuk kartun dan ais krim ...kepada anda yang berminat boleh la email kat saya arissacraftshoppe@ymail.com.


****(Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos pos)

Ini lah hasilnya...

1.Keychain Ais Krim
Harga RM2.50









2.Keychain Kereta
Harga RM3.00










3.Keychain Bear (sold to Fatihah)
Harga RM2.50










4.Keychain Kartun
Harga RM3.00








** Untuk Tempahan email kepada arissacraftshoppe@ymail.com

Terima kasih...jumpa lagi...

Tuesday, June 15, 2010

Button, Flower Labuci,Keychain dan HP strap

Saya sedang menunggu parcel yang saya order last week..sampai jugak hari ni .... dua item ni saya order dari lovethebuttons cantik-cantik button tu bolehlah dilekatkan pada craft felt.

Parcel dari suha-sweetsites kat saudari suha ni saya order keychain and hp strap...ok gak ada supplier yang boleh supplier barang-barang kraft ni..kalau nak cari kat kedai2 tak tau la boleh dpt ke x..item2 ni..

Terima kasih..bolehlah saya mulakan kerja saya..barang dah ada apa lagi.... nanti saya download gambarnya..

Pada yang nak order emaillah kat saya arissacraftshoppe@ymail.com

Thursday, June 3, 2010

Gambar Hand Made Felt

Alhamdulillah berjaya juga saya download gambar-gambar felt ni..Craftfelt ni memang seronok bila kita dah start nak menjahit..tambah pula bila ada idea yang datang difikiran bila dah mula tu..tak tau nak berhenti..kalau terjaga dari tidur pun boleh terus menjahit sampai tak sedar dah pukul 4 pagi..

Okey pada rakan sekalian yang nak order bolehlah email kan saya arissacraftshoppe@ymail.com or sms kat saya 017-5902618.

Terima kasih..Jumpa lagi..

Tuesday, June 1, 2010

HandPhone Pouch Order by Fatimah

Ini adalah order dari Fatimah Nur (kawan sepejabat)

Iaitu dua Handphone Pouch

..Akhirnya siap juga..alhamdullillah..

Thanks Fatimah for your order.

Sesiapa yang berminat bolehlah email kepada saya arissacraftshoppe@ymail.com

1.Hand Phone Pouch

Side 1









Side 2








2.Hand Phone Pouch

Side1









Side2

Monday, May 31, 2010

Murah-Murah Ready Made Felt

Ready made felt hasil kerja arissacraftshoppe.Harga yang dipaparkan ini tidak termasuk kos pengeposan. Untuk tempahan boleh email kepada kami arissacraftshoppe@ymail.com.Kami akan membalas email anda secepat mungkin dan no akaun CIMB akan diberikan untuk urusan pembayaran.Tracking no akan dipaparkan dalam email anda dan diblog ini.

Kos pos antara RM3-RM7.Pos Daftar/Pos Laju/Pos Express

Sila bayar dahulu dan sms /email bila pembayaran telah dibuat kemudian tempahan anda akan disiapkan.Tempahan adalah mengikut "first in first out".Berikut adalah senarai barangan yang ada dan mana yang berkenan dihati bolehlah tempah.


1.Hand Phone Pouch (RM4 -RM6.50 bergantung pada size)












2.Key Chain (RM2.50-RM3 bergantung pada size)











3.Coin Purse (RM4)










4.Wall Deco (RM5-RM10 bergantung pada size)










5.Hair Clip (RM3 sepasang)










6.Car Charm (RM3-RM3.50 bergantung pada size)

Tuesday, May 25, 2010

Salam Perkenalan

Salam sejahtera semua peminat-peminat craft..sebenarnya blog ni adalah sempena nama anak perempuan saya arissa..sangat meminati hasil seni kraf dan insya-Allah hasil kerja tangan ni akan saya paparkan dalam blog ini .Sesiapa yang berminat nak tempah boleh la email kepada saya arissacraftshoppe@ymail.com

Memandangkan kain-kain felt yg saya order telah pun sampai.Cantik-cantik kaler kain felt ni terasa sayang pulak nak digunting-gunting..Namun bila warna-warna felt itu bergabung cantiknya..

Nanti saya download gambar hasil feltcraft ni.
Jumpa lagi